Penjagaan diri Di Awal Kehamilan

3 bualan
* Rehat dan tidurlah dengan cukup
o anda mungkin mudah letih
o dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
o minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah

* Pakai pakaian yang longgar dan selesa
o pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang
semakin membesar

* Pakai kasut yang bertumit rendah untuk:
o keselamatan dan
o mengelakkan sakit belakang

* Elakkan daripada memakai:
o tali pinggang
o pakaian yang mencerut di pinggang

* Sebaiknya elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang
pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini

* Elakkan daripada mengubati diri sendiri
o ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
o hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan

* Makanlah berbagai-bagai jenis makanan
o pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari
+ karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin
membesar
+ protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan
anak
+ vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk
pertumbuhan anak
o pemakanan yang seimbang semasa hamil:
+ membantu anda sihat sentiasa
+ menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan bayi
+ menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
o rancang setiap hidangan dengan teliti
o makanlah secara teratur

* Selalulah melawat doktor gigi
o beritahu doktor gigi anda sedang hamil
o sewaktu hamil, gigi cepat rosak
o berus gigi dengan teliti

C&P from honeysour00.blogspot.com

Perangai

0 bualan
Dua-dua mula buat perangai. Yang sorang pantang silap sikit, mesti mengalir airmata..Sensitif..Memang tak hengat..Yang sorang lagi, pantang silap sikit, terus sentap..So cerita semakin panas.. Jadiknya, yang ni menangis, yang ni nak menyentap...Kihkihkih..Bila dua-dua pegi keje, berpisah kejap, tak nmpk rupa, boleh pulak asyik nk bermeseeeejjj je..Pastu gelak2 kan cerita air mata dan sentap yang jadik sebelumnya...Bila abis opis hour, jumpa kat rumah, cerita yang sama jadi balik..Gitu je la gamaknya..

And one thing, asik gatal2 jek ni..abis tangan aku garu sampai calo balo..Dah kene marah sbb menggaru..




Haih~~ cant wait to see my little khalifah...

26 September 2010

0 bualan
Segala misunderstood dan perselisihan yang berlaku konfirm ada hikmah nya.
Alhamdulillah, aku tak buat perkara2 yang tak diingini berikutan mengikut amarah. Aku bersyukur pada Allah, sbb aku masih boleh berfikir dgn +ve dan perkara tak menjadi lebih parah. Dan rumahtangga kami semakin bahagia...

Hikmah yang aku rasa buat masa ni, kasih sayang kami bertambah kuat..Bertambah ukuh...Tipu lah kalau kata aku da lupa apa yang terjadi, tapi tak payah la nk diungkit2 lagi. Mende dah jadik, tak ya la nk disebut lagi... Semoga kasih sayang kami semakin mendalam dan berkekalan hingga akhir hayat..Amin...

Hikmah juga aku rasakan bila apa yang ditunggu2, dinanti2 menjadi kenyataan. Alhamdulillah.. Ianya semakin mengikat kasih sayang kami berdua...Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doa2 kami, dan Allah memperkenankan segala usaha yang telah kami lakukan..Alhamdulillah, Ya Allah...Ia nya masih baru, masih permulaan..Dan aku berharap semuanya berjalan dengan lancar. Dan aku juga berdoa, agar kami ank beranak dilindungi oleh Allah S.W.T..amin rabbalalamin...

sayang, love u so much..jaga kami bebaik yek...

Start A New Phase

0 bualan
Tersedar

Lalu terkesima

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 ku dan suamiku...Kau ampunkan la dosa ibu bapa kami"

Learn for ur own mistake...and learn from others....

Alhamdulillah, diberi masa.....alhamdulillah

Dear Nabil

2 bualan
Tiba2 akak jadik rindu sangat pada Nabil,

Suara Nabil,

Gelak Nabil,

Gurauan Nabil,

Dikacau dek Nabil,

Manja Nabil,

Kengkadang rasa mcm Nabil ada disini,

Masih terbayang wajah Nabil,

Bila ketawa,

Bila dimarah,

Bila risau,

Dan sikit pun akak tak lupa akan wajah Nabil kali terakhir kite bersua....

3 minggu lepas Nabil pergi, Suzi bersalin...kalau Nabil ada, mesti Nabil bangga kan...akk pun bangga..sbb Suzi bersalin normal...sungguh kuat isteri Nabil..

Nama dia Syafiq Amir Fikri

Bby Fikri sebijik muka Nabil, kening, hidung, kenakalan dan kemanjaan dia...mmg sama betul dengan Nabil...

Tapikan Nabil, Suzi makin kurus..walaupun dia ketawa2, gurau2..tapi akk tau dia sedih...

Sebab ada bby tu Suzi kuat...

InsyaAllah, selagi akk mampu, akk akan sentiasa jaga Suzi, tegur Suzi, bagi nasihat kat Suzi, tgk2kan Suzi mcm Nabil pernah suruh dulu...

Akak sayang Nabil...

Semoga Nabil tenang disana, dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Nabil Fikri bin Hamidon...

SHARING IS CARING

0 bualan
Segala yang baik dari ALLAH dan yang buruk dari saya sendiri.
Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
copy dari yahoo...dan bg saye, leh dijadikan panduan...dan menyedarkan saye yng terkadang terleka.... : )

Nasik Lemak!

1 bualan
Hari ni ingt nak berbuka nasik lemak la....
Sempat masak lepas lik keje ni...
Timun ada...kacang tanah ada....ikan bilis ada...santan pun ada.....
Tapi risau kan nasik ni...saye tak penah pass masak nasik nyer...
Mesti terlembik la...termentah le....
Adeiihaiii...bile nak pandai ni....
 

Live Life With Love Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez