Penjagaan diri Di Awal Kehamilan

3 bualan
* Rehat dan tidurlah dengan cukup
o anda mungkin mudah letih
o dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
o minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah

* Pakai pakaian yang longgar dan selesa
o pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang
semakin membesar

* Pakai kasut yang bertumit rendah untuk:
o keselamatan dan
o mengelakkan sakit belakang

* Elakkan daripada memakai:
o tali pinggang
o pakaian yang mencerut di pinggang

* Sebaiknya elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang
pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini

* Elakkan daripada mengubati diri sendiri
o ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
o hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan

* Makanlah berbagai-bagai jenis makanan
o pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari
+ karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin
membesar
+ protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan
anak
+ vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk
pertumbuhan anak
o pemakanan yang seimbang semasa hamil:
+ membantu anda sihat sentiasa
+ menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan bayi
+ menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
o rancang setiap hidangan dengan teliti
o makanlah secara teratur

* Selalulah melawat doktor gigi
o beritahu doktor gigi anda sedang hamil
o sewaktu hamil, gigi cepat rosak
o berus gigi dengan teliti

C&P from honeysour00.blogspot.com

Perangai

0 bualan
Dua-dua mula buat perangai. Yang sorang pantang silap sikit, mesti mengalir airmata..Sensitif..Memang tak hengat..Yang sorang lagi, pantang silap sikit, terus sentap..So cerita semakin panas.. Jadiknya, yang ni menangis, yang ni nak menyentap...Kihkihkih..Bila dua-dua pegi keje, berpisah kejap, tak nmpk rupa, boleh pulak asyik nk bermeseeeejjj je..Pastu gelak2 kan cerita air mata dan sentap yang jadik sebelumnya...Bila abis opis hour, jumpa kat rumah, cerita yang sama jadi balik..Gitu je la gamaknya..

And one thing, asik gatal2 jek ni..abis tangan aku garu sampai calo balo..Dah kene marah sbb menggaru..




Haih~~ cant wait to see my little khalifah...

26 September 2010

0 bualan
Segala misunderstood dan perselisihan yang berlaku konfirm ada hikmah nya.
Alhamdulillah, aku tak buat perkara2 yang tak diingini berikutan mengikut amarah. Aku bersyukur pada Allah, sbb aku masih boleh berfikir dgn +ve dan perkara tak menjadi lebih parah. Dan rumahtangga kami semakin bahagia...

Hikmah yang aku rasa buat masa ni, kasih sayang kami bertambah kuat..Bertambah ukuh...Tipu lah kalau kata aku da lupa apa yang terjadi, tapi tak payah la nk diungkit2 lagi. Mende dah jadik, tak ya la nk disebut lagi... Semoga kasih sayang kami semakin mendalam dan berkekalan hingga akhir hayat..Amin...

Hikmah juga aku rasakan bila apa yang ditunggu2, dinanti2 menjadi kenyataan. Alhamdulillah.. Ianya semakin mengikat kasih sayang kami berdua...Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doa2 kami, dan Allah memperkenankan segala usaha yang telah kami lakukan..Alhamdulillah, Ya Allah...Ia nya masih baru, masih permulaan..Dan aku berharap semuanya berjalan dengan lancar. Dan aku juga berdoa, agar kami ank beranak dilindungi oleh Allah S.W.T..amin rabbalalamin...

sayang, love u so much..jaga kami bebaik yek...
 

Live Life With Love Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez