Penjagaan diri Di Awal Kehamilan


* Rehat dan tidurlah dengan cukup
o anda mungkin mudah letih
o dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
o minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah

* Pakai pakaian yang longgar dan selesa
o pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang
semakin membesar

* Pakai kasut yang bertumit rendah untuk:
o keselamatan dan
o mengelakkan sakit belakang

* Elakkan daripada memakai:
o tali pinggang
o pakaian yang mencerut di pinggang

* Sebaiknya elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang
pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini

* Elakkan daripada mengubati diri sendiri
o ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
o hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan

* Makanlah berbagai-bagai jenis makanan
o pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari
+ karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin
membesar
+ protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan
anak
+ vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk
pertumbuhan anak
o pemakanan yang seimbang semasa hamil:
+ membantu anda sihat sentiasa
+ menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan bayi
+ menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
o rancang setiap hidangan dengan teliti
o makanlah secara teratur

* Selalulah melawat doktor gigi
o beritahu doktor gigi anda sedang hamil
o sewaktu hamil, gigi cepat rosak
o berus gigi dengan teliti

C&P from honeysour00.blogspot.com

3 bualan on "Penjagaan diri Di Awal Kehamilan"

r33n adnan on September 29, 2010 at 10:52 AM said...

selamat menjaga diri... :-)

armouris on September 29, 2010 at 2:53 PM said...

info tentang kehamilan di SIHAT SELALU - Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Unknown on October 1, 2010 at 2:47 PM said...

al0lol0...s0 sweet m0mmy.... =P

 

Live Life With Love Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez