Cak!!!

0 bualan
Tgh duk lepak2 kat umh surf tenet, tetibe teringt, lama tak jengok blog...Hurmmm..aku ada blog ek, tapi bukan penting pun nk menjengah ke blog ni..bukan ada orang bca pun..keh keh keh....

Minggu depan, gi cekup...Minggu depan insyaAllah, genap 7 bulan kandungan..Macam tak sangka, da 7 bulan usia kandungan aku..Memula mcm tak de rasa pape, tapi bila da rasa tendangan manja ank yang kadang2 smpi ngilu perut ni, ada satu perasaan yang tak dapek den nak luahkan...Macam ni rupanya perasaan mengandung...

Owh, last week, tetibe ank tak gerak..Dari nk tido, smpi la gi keje esoknyer..Serius takut..Smpi nk makan pun tak selera..Pegi klinik, rupenyer dia gerak, cume slow je...Dokte kate, mybe maknyer yang penat sangat, dats y bby tak gerak dengan kuat..hurmm..mungkin aku mmg penat, sbb baru tukar opis, dapat tempat baru pulak postgrad opis...perghhhh..gilo nyer terkujat keje kat situ..penatttt....tapi alhamdulillah, persekitaran ok..so, tak de la seksa mane pun kan...kawan2 baru pun ok...alhamdulillah..allah permudahkan dan melembutkan hati orang2 yang berurusan dengan aku...

Hurmm....11 aribulan mac nk gi kuantan, adik papa nikah...dapat pasangan org sane...camne ek, dat time da 7 bulan..boleh aje kan gi travel jauh..? tak berapa nk sure la..nk2 uri kat bawah...gi cekup nxt week ni kene ingt nk tanye dokte uri da naik lum, is it ok gi travel jejauh, hurmmm..pe lagi ek nk tanye..hu hu hu...

Nxt week jgk papa de kursus kl KL 3 hari..camne aku nk tido niiii??????????????!!!!.....

Selera

0 bualan
Apsal selera aku kat nasik semakin berkurang?

Dulu tak makan nasik, leh nk pengsan la, pitam la...kununnn la kan..hahaha

Ni dtg angin, tgk nasik pun nak muntah...

Kecuali...diulangi..KECUALI....

Kalau nasik tu mak mentua haku yang masak...wakakakka..ok ler pulak aku menaler...

6 Disember 2010

0 bualan
Semalam dan harini, da start muntah terbelahak balik lepas makan..Nape ea...dulu masa awal pregnnt jek..pastu da ok..ni datang balik...awat noooo....

Bdn ni pun rs mcm awal2 ngandung..da 4 bulan, dia datang balik rasa tu..Mmg normal ke ape?

Esok camne pulak la...

2 Disember 2010

2 bualan
Pegi klinik UTM tadi pagi.. Bertujuan untuk buat buku pink...

Mcm2 la kene buat..giler kentang, agak terkejut jgk...Mmg opkos ler jauh beza dengan Regency..Kat Regency, semua orang buatkan.. Ye la, kite bayo kan...takkan nk wat bangang je kat kite..

Kat klinik semalm, BP kene test sendrik, timbang pun sama..tapi tak kesah la, mende senng jek, leh wat sendrik, cuma kekok ler pulak bile masuk kt blakang klinik tu, kite buat macam kite ni nurse jgk..muhehehe..perasan kejap..

So, lepas tu sume..cek darah la bagai sume...baru dpt jumpe dokte..itu pun da kul 10lebih..hish..Perut da menyanyi2 merdu sbb lapo..

Masa dokte scan, nmpk kepala, tangan n kaki bby..Ya Allah, hati jadik sayu..Tup tup kaki bby menendang..walawei..terkojut eden...dan2 air mato den keluar..nk cakp camne ek perasaan tu..yang da ngandung je la paham ek perasaan tu...nk2 first time nmpk dia menendang...

Tapi ada satu berita..............................

Uri aku kat bawah..No wonder la aku duk rs sengal2 kat bahagian 'situ'..sumtimes rs ngilu jek..Dokte suggest aku duk diam2..jgn renyah2..jgn itu, jgn ini...so banyak jangan dia...Bukan ape, takut bleeding..hurmmm..gerun seh...


So, sekarang, aku la manusia paling sopan sbb jalan pun selooo jek...

Doakan semua selamat dan dilindungi yek...

Sekejapannyer

3 bualan
Suda Disember 2010..

Semakin hari, aku yng makin beso..Selera makan, tak bley blah...Keje nk mengunyah aje...Hish camno la appoinment nxt week nnti..Kompem Dr. bising nnti..Muehehehhe...

Nak tahan selera ni, bukan main ssh..Nak2 dah tak loye2 n mabuk2 lagi kan..Hurmmm...Mmg leh kalah le orang lain kalu bab mkn...

Ngidam?

Tak teruk2 mane pun...Cume nakkk sgt makan dalam dulang..Macam zaman kecik2 dulu kalu gi kenduri kat surau..Besnyer...

Tapi mane mau carik sekarang?

Papa suruh mkn je dlm dulang kat umh..Mane bes, laki bini jek berdua ngadap dulang tu..Dulang kat umh segi empat le pulak saiz dia..tak feel betul lah...Orang nak ramai2, riuh rendah suasana, kongsi satu dulang ramai2...bukan nak berdua jek kat rumah...

And otak ni asik nk pk nk jejalannnn jek...Nak gi PD la, Melaka la, piknik la, bbq la...ni pun dikategorikan ngidam ke?

Hurm....Mcam2 la kamu ni biha...

Makanan semasa mengandung

0 bualan
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

*
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
*
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
*
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
*
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
*
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

*
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
*
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung


Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat

copy from http://hamil.mustaffa.org/

Kondisi

1 bualan
Kene jaga makan..Cannot stress2 sangat...Jangan penat2 sangat...Coz tekanan darah tinggi...Hurmmm~~
 

Live Life With Love Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez