Hari Sedih dan Penat Mama & Papa


Khamis - 30 September 2010..

Abg Mad dimasukkan ke wad kecemasan. Sbb tekanan darah dia terlalu tinggi masa dia nk buat dialisis. Tekanan dia 260.. So, dokte kat dialisis suggest hantar Abg Mad ke Hosp. Sultanah Aminah (HSA).

Jam 5 petang, kami sampai di HSA. Runsing yang ada tu, sikit je. Sbb Abg Mad da biasa mcm ni. If tekanan darahnya tinggi taim nk dialisis, dokte akan hantar masuk wad je. Cuma kali ni berbeza sikit. Wad yang dihantar bukan wad biasa, tapi wad kecemasan...And Abg Mad tengah discan kepalanya.

Tunggu dalam beberapa jam, baru dokte panggil papa n kak som masuk. Rupanya nk mintak permission pembedahan. Ada darah beku di otak Abg Mad...

Maghrib - Abg Mad dibawa masuk ke dewan bedah.

11 malm lebih - pembedahan selesai, Abg Mad dibawa ke Wad ICU 2 Selatan.

Kiteorang tunggu sekejap, untuk lihat keadaan Abg Mad. Dokte cakp, alhamdulillah, Abg Mad stabil, kite tunggu result dia esok.

2 pagi - sampai rumah.

========================================================================


Jumaat - 1 Oktober 2010


Kami suami isteri pegi kerja as usual. Dalam jam 10 pagi, papa call cakap kene pegi hospital. Dokte panggil papa n kak som.

2nd scan dijalankan. Otak Abg Mad dah membengkak.

Tengahari, mak n bpk dari kampung smpi rumah Kak Som. Then papa amik aku kat opis. Terus pegi ke hospital bawak mak n bpk sekali.

===========================================================================

Sabtu - 2 Oktober 2010

Pagi - Nak keluar pegi beli sarapan untuk kak som dan ank2. Tgk2 tayar kete papa pancit. Astagfirullahalazim...Dugaan betul. Mane de kedai tayar bukak pepagi hari. Sib baik adik da sampai dari KL malam tu. Boleh guna kereta adik.

Dah beli sarapan,kiteorang mkn di rumah Kak Som. Dalam jam10 pagi, dokte call Kak Som, minta ke hospital dengan segera. Kondisi Abg Mad semakin tenat.

Aku lik umh jln kaki. Nasib baik umh kak som belakang rumah aku je. Jadik papa tak payah anta aku balik. Dan Alhamdulillah kedai tayar da bukak time tu.

Selesai segala urusan tayar, kami pergi ke hospital....

Sampai di hospital, dokte ckp da boleh panggil semua keluarga berkumpul. Abg Mad semakin lemah.


=============================================================================

Ahad - 3 Oktober 2010.

Baru nk keluar sarapan, dokte da panggil kak som pegi hospital. Sampai di hospital, dokte bg penerangan kat kak som dan papa. Otak Abg Mad da tak berfungsi, badan da tak respon. So tunggu lg 2 hours, ubt abis, kite tengok progress dia.

Aku duduk kat luar je. Sbb papa tak bagi aku renyah. Sejak khamis, aku mmg renyah..Kesana kesini tak pk diri sendiri.

Jam 1 petang, papa kuar dari ICU, datang pada aku, dan bagitau Abg Mad da tak ada...

Innalillah..Abg Mad pergi jam 12.45 tengahari hari Ahad 3 Oktober 2010.

Semua urusan alhamdulillah berjalan lancar.. Dari bawa arwah ke rumah mayat, bawa ke kampung melayu, mandikan, bawa ke masjid dan sembahyangkan, kebumi di Kebun Teh. Jam 5 petang lebih, semuanya selesai. Alhamdulillah Ya Allah, Kau permudahkan urusan pengkebumian Abg Mad.

Hati ni sedih sangat. Ye, mmg betul orang kate..Yang pergi tu ttp pergi. Tapi aku sedih memikirkan Kak Som dan ank2...Aqief yang bungsu baru 2 tahun. Dia tak tau ape2..Kak Som pun tak kerja..Kesian kak som dan ank2..

Dan juga penat sangat. Rehat tak cukup. Mintak2 bby tak de pape...Bby mama kan kuat.. And dia tak susahkan mama n papa pun taim tgh sibuk. Alhamdulillah tak muntah, tak pening dan mama dia tak bnyk ragam. Papa nk berurusan pun senang...Nak muntah pun taim sorang2 dalam kete, kat umh, dalm toilet..Baru nk muntah..Bby mmg budak baik...Papa pun ckp bby baik sngt, sbb tolong papa...tak susahkan n risaukan papa...Alhamdulillah...

Cuma ni kene rehat..Esok nxt appoinment dengan Dr. Tokha. Ambil injection ke-3 untuk kuatkan rahim n bby...5 more injection to go...Mintak2 bby tak ape2..Dilindungi oleh Allah dari gangguan jin dan syaitan dan apa2 yang berniat buruk pada bby..Amin ya rabbal alamin...

p/s : mama love u papa

0 bualan on "Hari Sedih dan Penat Mama & Papa"

 

Live Life With Love Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez